Tentang Aku

Saat aku menulis entri ini,umur aku secara khususnya ialah 19 tahun ,5 bulan dan 19 hari.Minit dan saat?Sekejap,aku kira.

Haha.

Sudah cukuplah aku menipu,aku sebenarnya bencikan nombor.Cukuplah engkau mengenali aku sebagai gadis yang sebenarnya sudah cukup umur tapi sebenarnya tidak tahu barang sekelumit tentang hidup dewasa.

Nama aku panjangnya Nur Shafirah Famei Bt Mohd Khomeini dengan nombor matriks E20172019167. Nama pendeknya Shaf saja.Boleh panggil aku apa saja yang kau nak.Sebab semua orang ada pilihan sendiri,kan ?

Aku mengambil kursus Diploma Teknologi Makmal di UPSI dengan harapan aku tidak akan jadi seperti kerani di makmal sekolahku dulu memarahi aku kerana membawa kerusi dari makmal tingkat 3 turun ke tingkat 2.Dengan harapan aku takkan mensia siakan ilmu yang aku dapat ini.


Okay,cukup sahajalah aku merapu.Sayonara.

Ulasan